1 warna Biru mencerminkan perpaduan anggota Unit Pengesan dalam melaksanakan sesuatu operasi mahupun tugas harian.
2 warna Kuning melambangkan Unit Pengesan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( A Golden Service ) kepada segenap lapisan masyarakat.
3 warna Merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi yang ditonjolkan oleh ahli-ahli penyelamat Unit Pengesan.
4 moto 'Cekap dan Tepat" yang berwarna kuning menjelaskan bahawa Unit Pengesan ini menjalankan tugas mengesan dengan cekap, tepat dan berkualiti.
5 simbol Pisau memberikan gambaran tentang Unit Pengesan adalah tahan lasak yang mana anggotanya terdiri daripada Multi-Skill Team (MUST) yang mempunyai pelbagai kemahiran menyelamat.
6 simbol Tali dan Figure Of Eight memberi gambaran tentang fungsi menyelamat.
7 bulatan berbentuk"Target" berwarna Biru dan Kuning yang berlatarbelakangkan warna merah menjelasakan bahawa Unit Pengesan ini bernaung di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menuju ke arah sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan bertaraf dunia.
8 simbol K9 adalah singkatan kepada CANINE dimana ianya juga adalah simbol kod antarabangsa bagi semua unit yang menggunakan khidmat anjing pengesan (Unit Pengesan ). |
No comments:
Post a Comment