Thursday, 14 July 2011

SEJARAH PENUBUHAN

DISEMBER 2001
Satu mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia telah diadakan bagi membantu menubuhkan Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4 JANUARI 2002
Proses pemilihan pegawai / anggota bomba dalam unit ini dijalankan di seluruh negara dengan bantuan Unit Pengesan PDRM. Hasil dari pemilihan ini hanya 2 Pegawai Bomba dan 28 anggota yang layak telah dipilih.

1 MAC 2002
Satu mesyuarat bersama PDRM telah diadakan bagi membantu menubuhkan Unit Pengesan JBPM.

12 MAC 2002
Satu Jawatankuasa Pemilihan Pusat Latihan terdiri dari PPjB Ahmad Izram Bin Osman, PgB Zakaria Bin Muhd dan DSP Lim Peng Soon ( Ketua Unit Pengesan PDRM ) dihantar ke United Kingdom pada 12 Mac 2002 hingga 17 Mac 2002 bagi mengenalpasti dan memilih pusat latihan yang terbaik dan berkesan. Hasil dari lawatan itu, Chilport ( UK ) Limited, Portland telah dipilih.

1 APRIL 2002
Seramai 2 pegawai dan 13 anggota ( kumpulan pertama ) telah dihantar berkursus "KENNELMAN" di Unit Pengesan PDRM, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur selama satu bulan.

17 APRIL 2002
Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan yang memperuntukkan pembelian 12 ekor anjing secara pakej termasuk peralatan, ubat-ubatan, makanan anjing serta latihan pengendalian anjing untuk peringkat pertama sebanyak RM 1.85 juta iaitu 50% daripada jumlah keperluan yang dipohon.

26 APRIL 2002
Satu upacara tamat latihan kursus "KENNELMAN" dan penubuhan Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dirasmikan oleh YAS Prof. Dato' Jaafar Sidek Bin Thambi, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ibu pejabat JBPM, Putrajaya.


29 APRIL 2002 
15 anggota (kumpulan kedua) telah dihantar berkursus" KENNELMAN" di Unit Pengesan PDRM, PULAPOR Jalan Semarak, Kuala Lumpur selama satu bulan.

20 JULAI 2002 
Satu Jawatankuasa Pemilihan Anjing terdiri daipada PKPgB Abdul Wahad bin Mat Yasin, PB III Goh Thean Lai, ASP Vigneswaran A/l Velauthan (Unit Pengesan PDRM ) dan Doktor Zulkiffli Bin Abdul Ghani ( Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Haiwan W.P Kuala Lumpur) telah berlepas ke Chilport (UK) Limited, Portland, United Kingdom pada 20 julai 2002 hingga 25 julai 2002 bagi tujuan memilih dua belas ekor anjing yang terbaik.      

6 SEPTEMBER 2002
Kumpulan pertama seramai 15 orang anggota yang terdiri dari dua orang pegawai telah berangkat ke United Kingdom untuk menjalani Kursus Anjing Penyelamat-"Fire Investigation (FI) and SAR Urban Disaster Dog (UD)" selama 14 minggu. Kursus ini dibahagi dua fasa iaitu fasa pertama selama 8 minggu di Chilport (UK) Limited, Portland, United Kingdom (09.09.2002 hingga 01.10.2002) dan fasa kedua selama 6 minggu di Malaysia (10.10.2002 hingga 21.11.2002).

21 NOVEMBER 2002
Penyerahan 12 ekor anjing pengesan yang terlatih ( 6 ekor anjing " Fire Investigation" jenis Labrador dan 6 ekor anjing " Urban Disaster" jenis Springer Spaniel ) di Chilport (UK) Limited, Portland, UK.

1 JANUARI 2003
Beroperasi sepenuhnya dengan 12 ekor anjing pengesan bersama 30 anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba III Goh Thean Lai.

16 FEBRUARI 2007
Beroperasi sepenuhnya dengan 24 ekor anjing pengesan yang melibatkan 4 tugasan utama iaitu Fire Investigation,  Urban Disaster,  Cadaver,  Wilderness.
                     

No comments:

Post a Comment