Wednesday, 20 July 2011

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

carta tugasan unit pengesan JBPM


1) FIRE INVESTIGATION
- membantu "pasukan penyiasat kebakaran "dalam mengesan punca-punca kebakaran yang melibatkan kes ARSON atau punca-punca kebakaran yang sukar untuk dikenalpasti.
-sila click link "pasukan penyiasat kebakaran" yang berwarna merah di atas untuk mengetahui lebih lanjut lagi.

2) URBAN DISASTER
- merupakan operasi mencari dan menyelamat mangsa hidup sahaja (life body) yang melibatkan :
      * kejadian bangunan runtuh
      * kejadian tanah runtuh

3) WILDERNESS
- Merupakan operasi mencari dan menyelamat orang yang hilang di hutan, gua dan kawasan tinggi.


4) CADAVER
- Merupakan operasi mencari mangsa yang telah mati di air atau di darat.


Friday, 15 July 2011

PIAGAM PELANGGAN

komitmen kami adalah :

1) Memberi perkhidmatan bantuan bagi meningkatkan keberkesanan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan lebih cekap dan tepat.

2) Memberi perkhidmatan bantuan kepada pasukan penyiasat kebakaran (Fire Investigation Officer ) dalam menyiasat punca-punca kebakaran yang sukar dikenalpasti.

3) menyiapkan laporan khidmat siasatan kebakaran serta laporan khidmat mencari dan menyelamat dalam tempoh 7 hari dari tarikh tamat  operasi.

4) sentiasa berusaha meningkatkan kredibiliti seta intergriti agar dapat memberikan perkhidmatan secara cekap dan professional.

5) sentiasa mempertingkatkan keyakinan orang awam tentang tugas, peranan dan tanggungjawab selaras dengan hasrat Jabatan.

Thursday, 14 July 2011

MISI, VISI DAN SLOGAN

MISI- Meningkatkan keberkesanan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan lebih cepat serta mengurangkan risiko kemalangan terhadap mangsa yang ditimpa bencana.

VISI- Menjadikan pasukan Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Pemyelamat Malaysia sebagai sebuah pasukan yang bertaraf dunia setanding dengan  pasukan-pasukan Anjing Penyelamat Antarabangsa.

SLOGAN- Cekap dan Tepat.

OBJEKTIF

- Bagi meningkatkan keberkesanan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan lebih cepat serta mengurangkan  risiko kemalangan kepada mangsa-mangsa yang ditimpa bencana.

- Membantu pasukan penyiasat kebakaran ( Fire Investigation Officer ) dalam menyiasat punca-punca kebakaran yang melibatkan kes-kes arson atau punca-punca kebakaran yang sukar dikenal pasti.

- Bagi meningkatkan keyakinan orang awam tentang tugas, peranan, dan tanggungjawab Jabatan sejajar dengan visi Jabatan iaitu ke arah sebuah perkhidmatan kebombaan dan penyelamatan bertaraf dunia.

SEJARAH PENUBUHAN

DISEMBER 2001
Satu mesyuarat bersama Polis Diraja Malaysia telah diadakan bagi membantu menubuhkan Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

4 JANUARI 2002
Proses pemilihan pegawai / anggota bomba dalam unit ini dijalankan di seluruh negara dengan bantuan Unit Pengesan PDRM. Hasil dari pemilihan ini hanya 2 Pegawai Bomba dan 28 anggota yang layak telah dipilih.

1 MAC 2002
Satu mesyuarat bersama PDRM telah diadakan bagi membantu menubuhkan Unit Pengesan JBPM.

12 MAC 2002
Satu Jawatankuasa Pemilihan Pusat Latihan terdiri dari PPjB Ahmad Izram Bin Osman, PgB Zakaria Bin Muhd dan DSP Lim Peng Soon ( Ketua Unit Pengesan PDRM ) dihantar ke United Kingdom pada 12 Mac 2002 hingga 17 Mac 2002 bagi mengenalpasti dan memilih pusat latihan yang terbaik dan berkesan. Hasil dari lawatan itu, Chilport ( UK ) Limited, Portland telah dipilih.

1 APRIL 2002
Seramai 2 pegawai dan 13 anggota ( kumpulan pertama ) telah dihantar berkursus "KENNELMAN" di Unit Pengesan PDRM, PULAPOL, Jalan Semarak, Kuala Lumpur selama satu bulan.

17 APRIL 2002
Mendapat kelulusan daripada Kementerian Kewangan yang memperuntukkan pembelian 12 ekor anjing secara pakej termasuk peralatan, ubat-ubatan, makanan anjing serta latihan pengendalian anjing untuk peringkat pertama sebanyak RM 1.85 juta iaitu 50% daripada jumlah keperluan yang dipohon.

26 APRIL 2002
Satu upacara tamat latihan kursus "KENNELMAN" dan penubuhan Unit Pengesan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah dirasmikan oleh YAS Prof. Dato' Jaafar Sidek Bin Thambi, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di ibu pejabat JBPM, Putrajaya.


29 APRIL 2002 
15 anggota (kumpulan kedua) telah dihantar berkursus" KENNELMAN" di Unit Pengesan PDRM, PULAPOR Jalan Semarak, Kuala Lumpur selama satu bulan.

20 JULAI 2002 
Satu Jawatankuasa Pemilihan Anjing terdiri daipada PKPgB Abdul Wahad bin Mat Yasin, PB III Goh Thean Lai, ASP Vigneswaran A/l Velauthan (Unit Pengesan PDRM ) dan Doktor Zulkiffli Bin Abdul Ghani ( Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Haiwan W.P Kuala Lumpur) telah berlepas ke Chilport (UK) Limited, Portland, United Kingdom pada 20 julai 2002 hingga 25 julai 2002 bagi tujuan memilih dua belas ekor anjing yang terbaik.      

6 SEPTEMBER 2002
Kumpulan pertama seramai 15 orang anggota yang terdiri dari dua orang pegawai telah berangkat ke United Kingdom untuk menjalani Kursus Anjing Penyelamat-"Fire Investigation (FI) and SAR Urban Disaster Dog (UD)" selama 14 minggu. Kursus ini dibahagi dua fasa iaitu fasa pertama selama 8 minggu di Chilport (UK) Limited, Portland, United Kingdom (09.09.2002 hingga 01.10.2002) dan fasa kedua selama 6 minggu di Malaysia (10.10.2002 hingga 21.11.2002).

21 NOVEMBER 2002
Penyerahan 12 ekor anjing pengesan yang terlatih ( 6 ekor anjing " Fire Investigation" jenis Labrador dan 6 ekor anjing " Urban Disaster" jenis Springer Spaniel ) di Chilport (UK) Limited, Portland, UK.

1 JANUARI 2003
Beroperasi sepenuhnya dengan 12 ekor anjing pengesan bersama 30 anggota yang diketuai oleh Pegawai Bomba III Goh Thean Lai.

16 FEBRUARI 2007
Beroperasi sepenuhnya dengan 24 ekor anjing pengesan yang melibatkan 4 tugasan utama iaitu Fire Investigation,  Urban Disaster,  Cadaver,  Wilderness.
                     

SIMBOL LOGO


1 warna Biru mencerminkan perpaduan anggota Unit Pengesan dalam melaksanakan sesuatu operasi mahupun tugas harian.

2 warna Kuning melambangkan Unit Pengesan menawarkan perkhidmatan yang berkualiti ( A Golden Service ) kepada segenap lapisan masyarakat.

3 warna Merah melambangkan semangat keberanian yang tinggi yang ditonjolkan oleh ahli-ahli penyelamat Unit Pengesan.

4 moto 'Cekap dan Tepat" yang berwarna kuning menjelaskan bahawa Unit Pengesan ini menjalankan tugas mengesan dengan cekap, tepat dan berkualiti.

5 simbol Pisau memberikan gambaran tentang Unit Pengesan adalah tahan lasak yang mana anggotanya terdiri daripada Multi-Skill Team (MUST) yang mempunyai pelbagai kemahiran menyelamat.

6 simbol Tali dan Figure Of Eight memberi gambaran tentang fungsi menyelamat. 

7 bulatan berbentuk"Target" berwarna Biru dan Kuning yang berlatarbelakangkan warna merah menjelasakan bahawa Unit Pengesan ini bernaung di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dalam menuju ke arah sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan bertaraf dunia.

8 simbol K9 adalah singkatan kepada CANINE dimana ianya juga adalah simbol kod antarabangsa bagi semua unit yang menggunakan khidmat anjing pengesan (Unit Pengesan ).

Wednesday, 13 July 2011

PENGENALAN UNIT PENGESAN



" Unit pengesan" merupakan salah satu mekanisme penggerak di dalam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi melaksanakan kerja-kerja mengesan dan menyelamat dengan cekap dan pantas. Dengan adanya bantuan anjing-anjing pengesan yang dilatih khas ini, ianya dapat meningkatkan dan melicinkan kerja-kerja mencari dan menyelamat dengan lebih efisyen, justeru dapat mengurangkan risiko kemalangan kepada mangsa yang ditimpa bencana. Logo "unit pengesan" melambangkan matlamat utama yang ingin dicapai oleh unit pengesan dalam memastikan dan memberikan khidmat yang terbaik kepada segenap lapisan masyrakat tanpa mengira waktu dan keadaan. Ini adalah sejajar dengan kerjaya dan mutu perkhidmatan yang bertaraf dunia.